Halaman, Kesaksian,

Selasa, 7 Disember 2010

BEGITU DIBERKATI BILA BERASA TERTEKAN

Aku begitu diberkati bila rasa tertekan,
Begitu diurapi bila berasa kecewa
Aku menolak untuk berputus asa
Bila bersedih atau menangis.

Aku menolak untuk tawar hati
Dan inilah sebabnya:
Aku memiliki Allah yang maha kuasa;
Yang berdaulat dan yang agung;
Aku memiliki Allah yang mengasihiku
Dan aku berada di dalampasukan-Nya.
Dia bijaksana dan berkuasa;
Yesus adalah nama-Nya;
Meskipun segala sesuatu berubah,
Tuhan tetap sama.

Aku menolak untuk dikalahkan!
Mataku tertumpu kepada-Nya!
Dia telah berjanji untuk bersamaku,
Di sepanjang jalan yang aku lalui.

Aku melihat keadaan masa silamku,
Ke arah takhta Syurga di atas.
Doaku telah mencapai hati Tuhan.
Aku berehat di dalam kasih-Nya.
Aku bersyukur kepa-Nya bagi segala perkara.
Mataku ada pada awajah-Nya.
Bagi Dia pertempuran, bagiku adalah kemenangan;
Dia akan membantuku memenangi perlumbaan!