Halaman, Kesaksian,

Isnin, 24 Januari 2011

KEHIDUPAN ADALAH MUKJIZAT


Kehidupan adalah mukjizat
Jangan biarkan ia berlalunbegitu saja
Bukakan hatimu untuk orang lain
Berikan dirimu setiap hari.

Lihat keindahan dalam setiap orang
Tanpa mengira di mana mereka berada
Sesetengah orang menempuh perjalanan yang sukar
Dan sangat memerlukan sahabat.

Kongsikan kebolehan dan karunimu
Dengar dengan hatimu.
Lakukan perkara yang anda impikan
Tapi tiada masa untuk memulakan.

Berikan sejambak bunga
Tunjukan kepada orang yang anda peduli
Jadilah pemurah dan pengampun
Hidup ini tidak selalunya indah.

Jika anda berbuat demikian
Tidak kira ke mana anda pergi
Anda akan menempuhi suka dan duka
Tapi anda tidak akan merasa sendiri.

Selasa, 7 Disember 2010

BEGITU DIBERKATI BILA BERASA TERTEKAN

Aku begitu diberkati bila rasa tertekan,
Begitu diurapi bila berasa kecewa
Aku menolak untuk berputus asa
Bila bersedih atau menangis.

Aku menolak untuk tawar hati
Dan inilah sebabnya:
Aku memiliki Allah yang maha kuasa;
Yang berdaulat dan yang agung;
Aku memiliki Allah yang mengasihiku
Dan aku berada di dalampasukan-Nya.
Dia bijaksana dan berkuasa;
Yesus adalah nama-Nya;
Meskipun segala sesuatu berubah,
Tuhan tetap sama.

Aku menolak untuk dikalahkan!
Mataku tertumpu kepada-Nya!
Dia telah berjanji untuk bersamaku,
Di sepanjang jalan yang aku lalui.

Aku melihat keadaan masa silamku,
Ke arah takhta Syurga di atas.
Doaku telah mencapai hati Tuhan.
Aku berehat di dalam kasih-Nya.
Aku bersyukur kepa-Nya bagi segala perkara.
Mataku ada pada awajah-Nya.
Bagi Dia pertempuran, bagiku adalah kemenangan;
Dia akan membantuku memenangi perlumbaan!

Ahad, 21 November 2010


Iman Kita

Iman kita di dalam Tuhan adalah senang apabila
Air di sekeliling masih tenang,
Apabila perjalanan menemui jaminan
Harapan dan mimpi kita akan dipenuhi.

Tetapi berpegang pada Tuhan adalah sukar
Apabila kita bergelut dengan keraguan,
Dan apabila rebut menjadi ganas,
Dan perahu seakan-akan terlambung.

Itulah masa iman kita bergoncang,
Apabila Tuan bunyinya sedang tidur,
Tidak tahu bahawa kita sedang tenggelam, dan
Air di sekeliling adalah dalam.
Kita mula berasa hairan begaimana Dia, adalah Tuhan
Seluruh laut dan darat,
Boleh seolah-olah sangat tidak sedar
Akan bencana kita.

Itulah masa bila iman kita seolah-olah sangat lemah,
Tuhan akan menenangkan jiwa dan laut
Dan apabila kita hampir pecah pada itu
Dia akan menyentuh, dan membuatkan kita penuh.