Halaman, Kesaksian,

Khamis, 10 Mac 2011

SIAPA AKU


Hari baru yang telah diberikan kepadaku
Aku mesti membuat pilihanku
Siapa yang akan kulayani pada hari ini?
Aku mesti mendengarkan suara damai Tuhan.

Dengan kristus, aku akan selalu 
berkemenangan
Jika aku berjalan dalam kasih-Nya setiap hari
Memang kegelapan ada di sekitarku
namun, aku tidak takut apabila aku berdoa.

Tuhan menciptakan ku menurut gambaran-Nya
dalam hadirat-Nya, itu kerinduanku
Dia sentiasa menuntun dan menjagaku
Dia membuktikan kasih-Nya padaku.

Dia yang ada dalamku adalah hebat
Berbanding dengan dia yang ada di dunia
Itulah aku hingga Yesus kembali
Biarpun damak setan tersasar.

Aku akan meneruskan pekerjaan Tuhan
Mencuba menjadi seperti yang Dia ingini
Dengan bilur-Nya...aku disembuhkan
Darah-Nya kalvari membebaskan aku.

Siapa aku...pada masa dosa mencuba?
Siapa aku...bila tiada masa untuk  berdoa?
Siapa aku...pada masa kesusahan datang?
Siapa aku...bergantung kepada "aku"

Ahad, 13 Februari 2011

HADIAH VALENTINE DARIPADA TUHAN

Hadiah Valentine tanda kasih Tuhan kepada kita
Bukanlah sejambak bunga,
Permata pun bukan, atau buku
Untuk menghentikan masa yang seketika.

Hadiah-Nya berubah dalam rupa manusia
Oleh itu Dia rela untuk memberi
Kasih pengorbanan-Nya kepada kita,
Maka anda dan saya dapat hidup.

Dia mengarunikan kita keselamatan yang indah,
Perintah, kebaikan dan kebenaran,
Untuk mengasihi sahabat dan musuh kita,
Dan mengasihi Juruselamat kita juga.

Maka apabila kita memberi pada hari Valentine,
Mari kita bersyukur ke hadirat Tuhan dan Raja kita
Kita suka memberi adalah kerana
Dia terlebih dahulu memberikan segala-galanya.

Isnin, 24 Januari 2011

KEHIDUPAN ADALAH MUKJIZAT


Kehidupan adalah mukjizat
Jangan biarkan ia berlalunbegitu saja
Bukakan hatimu untuk orang lain
Berikan dirimu setiap hari.

Lihat keindahan dalam setiap orang
Tanpa mengira di mana mereka berada
Sesetengah orang menempuh perjalanan yang sukar
Dan sangat memerlukan sahabat.

Kongsikan kebolehan dan karunimu
Dengar dengan hatimu.
Lakukan perkara yang anda impikan
Tapi tiada masa untuk memulakan.

Berikan sejambak bunga
Tunjukan kepada orang yang anda peduli
Jadilah pemurah dan pengampun
Hidup ini tidak selalunya indah.

Jika anda berbuat demikian
Tidak kira ke mana anda pergi
Anda akan menempuhi suka dan duka
Tapi anda tidak akan merasa sendiri.