Hari baru yang telah diberikan kepadaku
Aku mesti membuat pilihanku
Siapa yang akan kulayani pada hari ini?
Aku mesti mendengarkan suara damai Tuhan.
Dengan kristus, aku akan selalu
berkemenangan
Jika aku berjalan dalam kasih-Nya setiap hari
Memang kegelapan ada di sekitarku
namun, aku tidak takut apabila aku berdoa.
Tuhan menciptakan ku menurut gambaran-Nya
dalam hadirat-Nya, itu kerinduanku
Dia sentiasa menuntun dan menjagaku
Dia membuktikan kasih-Nya padaku.
Dia yang ada dalamku adalah hebat
Berbanding dengan dia yang ada di dunia
Itulah aku hingga Yesus kembali
Biarpun damak setan tersasar.
Aku akan meneruskan pekerjaan Tuhan
Mencuba menjadi seperti yang Dia ingini
Dengan bilur-Nya...aku disembuhkan
Darah-Nya kalvari membebaskan aku.
Siapa aku...pada masa dosa mencuba?
Siapa aku...bila tiada masa untuk berdoa?
Siapa aku...pada masa kesusahan datang?
Siapa aku...bergantung kepada "aku"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan lupa tinggalkan ayat dorongan selepas anda membaca blog ini.