Hadiah Valentine tanda kasih Tuhan kepada kita
Bukanlah sejambak bunga,
Permata pun bukan, atau buku
Untuk menghentikan masa yang seketika.
Hadiah-Nya berubah dalam rupa manusia
Oleh itu Dia rela untuk memberi
Kasih pengorbanan-Nya kepada kita,
Maka anda dan saya dapat hidup.
Dia mengarunikan kita keselamatan yang indah,
Perintah, kebaikan dan kebenaran,
Untuk mengasihi sahabat dan musuh kita,
Dan mengasihi Juruselamat kita juga.
Maka apabila kita memberi pada hari Valentine,
Mari kita bersyukur ke hadirat Tuhan dan Raja kita
Kita suka memberi adalah kerana
Dia terlebih dahulu memberikan segala-galanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jangan lupa tinggalkan ayat dorongan selepas anda membaca blog ini.